28 April 2012

DETIK - DETIK RAKYAT MALAYSIA MENYAMBUT BERSIH 3.0

Menjelang jam 2.00 pagi kehadiran rakyat pelbagai lapisan bangsa dianggarkan sudah mencecah 10,000 orang. Mereka telah datang ke perkarangan Dataran Merdeka seawal petang tadi untuk bersama-sama menyertai Himpunan Bersih 3.0 walaupun pelbagai amaran telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Ini menunjukkan rakyat negara ini sudah mula bangkit dan berani dalam menuntut hak dan keadilan di dalam piliharaya supaya diadakan dengan lebih bersih dan adil. Syabas diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia dengan semangat yang ditunjukkan ini. InsyaAllah Allah bersama dipihak yang benar..

22 April 2012

MASIH RELEVAN KAH UMNO SEKARANG INI?

    Senario politik di alaf ini ternyata sudah banyak berubah. Di Malaysia khususnya, UMNO/BN sudah menerajui tampuk pemerintahan melebihi 50 tahun. Satu tempoh yang cukup lama bagi sesebuah kerajaan untuk mempertahankan kuasa pemerintahan yang diberikan rakyat. Zaman kememilangan UMNO bermula selepas Merdeka. Tokoh UMNO ketika itu dilihat menjadi ikon kepada perubahan dari semua sudut di dalam negara ini. Dari Bapa Kemerdekaan hinggalah kepada Bapa Pembangunan. Ini dilihat sebagai kuasa orang Melayu ketika itu.

21 April 2012

NAJIB PUNYA TERDESAK... kah..kah..kah...

   Kadang - kadang bila dilihat pada benda-benca macam dalam gambar disebelah ni nk tergelak pun ada.. Nak cakap bodoh pun puak-puak ni yang mentadbir negara..


Bermacam - macam strategi yang dibuat dan dibentuk dengan matlamat dapat memulihkan imej PM 1Malaysia, Najib Razak. Terbaru, satu majalah komik diterbitkan dan diedarkan di IPTA/IPTS, Sekolah-Sekolah di seluruh negara. Komik yang memaparkan latar belakang keluarga, serta kehidupan Najib Razak



UMNO & SAMSENG... SENARIO DI LENGGONG...

     UMNO dan samseng memang sudah sebati.. Ini adalah cara dan kaedah lama yang bakal digunapakai semula sekarang ini. Kaedah ini amat popular sekitar tahun 70an dan 80an amat berkesan iaitu strategi ugut dan menakut-nakut kan orang ramai.







PAS = 'Parti Ajaran Sesat'

     Parti PAS adalah Parti Ajaran Sesat - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan hari ini mengambil peluang untuk menimbulkan semula isu perpaduan antara PAS dan Umno dalam pertemuan dengan sekumpulan imam dan bilal dari negeri Terengganu.









13 April 2012

'PR PERAK PERLU SIAP SEDIA UNTUK MEMERINTAH' - KU LI

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini berkata, pihaknya telah disarankan oleh Tengku Razaleigh Hamzah(gambar) untuk bersiap sedia untuk kembali mengambil alih Perak memandangkan Umno di negeri itu berkemungkinan tewas ketika pilihan raya umum akan datang.


Adun Pasir Panjang itu menjelaskan, dalam pertemuan dengan Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) itu di Hotel Syuen di Ipoh pada 1 April lalu, veteran Umno itu menasihatkan Pakatan Rakyat (PR) Perak supaya bersedia untuk perubahan kuasa di negeri tersebut.







YANG INI ORANG KAMPUNG KENA TAHU..

NILAI, 12 April: Kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hannan(gambar) percaya bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat yang ada pada hari ini lebih baik berbanding pemimpin negara sedia ada.

Beliau yang juga sepupu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tampil di pentas ceramah Pakatan Rakyat buat kali ketiga malam tadi mendakwa berasa jijik dengan mainan politik parti pemerintah sekarang ini.

"Sejak 30 tahun dahulu saya lihat pemerintahan negara sungguh jijik. Saya risau apa yang berlaku, generasi kita rosak seolah-olah rasuah ini halal dari pemimpin nombor satu sampai paling bawah.







MALAM DERITA BANGSA: SUARA AKAR UMBI RAKYAT LENGGONG

Pementasan Malam Derita Rakyat yang akan diadakan pada malam ini, 13 April sebagai pentas untuk menzahirkan penderitaan yang rakyat hadapi selama ini.
Ianya berikutan apabila berlaku tsunami kecil atau banjir besar yang tidak pernah berlaku di sekitar daerah Lenggong telah berlaku baru-baru ini yang mencatatkan satu sejarah hitam.
Apabila bercakap tentang bencana alam ini, ianya dapat dirungkai setelah melihat sendiri kerakusan mengabaikan persekitaran sedia ada apabila pelbagai gejala yang merosakkan telah berlaku.

12 April 2012

LAPORAN POLIS TERHADAP AHMAD MASLAN DAN ISA SAMAD


LENGGONG - 29 Mac: Wakil peneroka di 3 Felda disini hari ini membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Gerik di sini berikutan tindakan pengurusan Felda yang menghantar surat pekeliling meminta peneroka menyerahkan dokumen penting.

Laporan tersebut menamakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, Pengerusi Felda, Tan Sri, Isa Samad dan pengurus-pengurus Felda yang mengeluarkan pekeliling berkenaan untuk disiasat.


10 April 2012

BEG BERJENAMA & ISTERI PEMIMPIN


(Kegilaan memakai bag berjenama mahal di kalangan pemimpin dunia menjadi ikutan isteri pemimpin Malaysia)

KUALA LUMPUR, 10 April: Kegilaan kepada bag berjenama mahal yang telah menjalar dari pemimpin dunia ke isteri pemimpin negara, menjadi tarikan terbaru dalam facebook.

Sekarang ini tersebar gambar isteri Perdana Menteri yang ke sana ke sini dengan bag berjenama mahal.

Dilaporkan bag itu berjenama Birkin dan dijual dengan harga antara RM60,000 hingga RM80,000 sebuah.

Ia juga menarik minat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Beliau beranggapan ini tidak wajar menjadi amalan pemimpin atau keluarga pemimpin.

Bagi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau tidak kesah sangat dengan pakaian dan gaya rambut isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kerana tidak mahu menyerang peribadi beliau.