28 April 2012

DETIK - DETIK RAKYAT MALAYSIA MENYAMBUT BERSIH 3.0

Menjelang jam 2.00 pagi kehadiran rakyat pelbagai lapisan bangsa dianggarkan sudah mencecah 10,000 orang. Mereka telah datang ke perkarangan Dataran Merdeka seawal petang tadi untuk bersama-sama menyertai Himpunan Bersih 3.0 walaupun pelbagai amaran telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Ini menunjukkan rakyat negara ini sudah mula bangkit dan berani dalam menuntut hak dan keadilan di dalam piliharaya supaya diadakan dengan lebih bersih dan adil. Syabas diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia dengan semangat yang ditunjukkan ini. InsyaAllah Allah bersama dipihak yang benar..


Anggota DBKL sedang memsang pagar di sekeliling padang Dataran Merdeka bagi menghalang peserta himpunan memasuki kawasan padang

Seawal jam 10 malam hampir 1000 orang telah berada di Dataran Merdeka

Jumlah yang semakin bertambah..

Mengapa mereka ini sanggup bersusah payah untuk datang ke sini?

Memerhatikan kenderaan PDRM yang semakin banyak.. Adakah mereka ini gentar dengan semua itu?

Bantahan tetap akan dilakukan selagi tuntutan tidak dilaksanakan..

Ini adalah bukti dan amaran kepada pemerintah!

Kuasa adalah ditangan rakyat.. Jika terus dengan dolak dalik sebegini percayalah satu ketika nanti rakyat akan menjatuhkan pemerintah dengan cara yang paling hina.

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dengan Bersih 3.0 ini. Segala pengorbanan yang disumbangkan InsyaAllah akan menerima ganjaran dari Allah SWT....

No comments:

Post a Comment