Senario politik di alaf ini ternyata sudah banyak berubah. Di Malaysia khususnya, UMNO/BN sudah menerajui tampuk pemerintahan melebihi 50 tahun. Satu tempoh yang cukup lama bagi sesebuah kerajaan untuk mempertahankan kuasa pemerintahan yang diberikan rakyat. Zaman kememilangan UMNO bermula selepas Merdeka. Tokoh UMNO ketika itu dilihat menjadi ikon kepada perubahan dari semua sudut di dalam negara ini. Dari Bapa Kemerdekaan hinggalah kepada Bapa Pembangunan. Ini dilihat sebagai kuasa orang Melayu ketika itu.
Ketika itu UMNO memang mendapat tempat dikalangan orang Melayu. Perjuangan bangsa ketika itu lebih diyakini oleh orang Melayu. Hanya UMNO sahaja dapat mengubah masa depan orang Melayu ketika itu. Ada kebenarannya, kerana ketika itu pimpinan UMNO memperjuangkan soal Melayu dengan begitu bersungguh-sungguh. Pemimpin UMNO bersama sama dengan rakyat, merasai jerih perih kehidupan Melayu ketika itu. Ternyata UMNO adalah parti terbaik untuk orang Melayu ketika itu.
Namun cerita itu sudah lama. Zaman alaf baru ini dengan segala perubahan telah berlaku, UMNO sekarang dilihat seolah olah menanti hari untuk tersungkur. Idelogi kebangsaan nampaknya sudah mula sukar diterima rakyat. Perjuangan bangsa, perkauman dan sikap pimpinan UMNO dizaman ini dilihat menjadi faktor utama mengapa UMNO kini dibenci. Bukan tidak mengenang budi, segala perjuangan sebelum ini tetapi bahasa yang sesuai untuk itu adalah 'itu dulu', sekarang ini dunia sudah berubah. Bukan melupakan sejarah tetapi hakikatnya begini.
Mungkin juga sudah tiba masanya UMNO akan lenyap dibumi Malaysia ini. Ini berlaku adalah kerana orang - orang UMNO yang berada didalam UMNO sendiri yang merosakkan UMNO. Dikala ini UMNO sebati dengan rasuah, korup, kroni, penyalahgunaan kuasa dan pelbagai lagi yang perkara ini tidak dapat dilindungi lagi di zaman ini. Mungkin juga jika dilihat pada sejarah tidak ada parti yang melebihi usia 60 tahun di dunia ini. Antara sedar atau tidak UMNO dilihat lubuk emas, tempat mencari kekayaan dan sememangnya perkara ini berlaku dengan begitu normal sekali. Pemimpin UMNO terdahulu terlalu banyak bezanya dengan yang ada sekarang ini.
Betul.. Pimpinan UMNO sekaranglah yang banyak merosakkan UMNO. Hidup bermewah mewahan, mempergunakan amanah yang diberikan rakyat mengikut selera mereka sendiri. UMNO kini dilihat lebih kepada pengkhianat dari pembela bangsa seperti sebelum ini. Lihatlah dimana kedudukan bangsa Melayu sekarang ini? Jika benar UMNO membela Melayu, Melayu tidak merempat dibumi sendiri seperti sekarang. Kedudukan bangsa lain lebih baik dari Melayu di bumi Malaysia ini.
Bangsa Melayu sudah sedar dengan apa yang berlaku sekarang. Nyawa UMNO hanya tinggal di kawasan luar bandar dan kampung sahaja.Itu pun penyokongnya sudah sebaya umurnya dengan UMNO. Pemimpin hidup dalam kemewahan diluar batasan. Segala yang telah diatur dan diguan pakai habis diniagakan UMNO. Bijak UMNO mempergunakan keringat rakyat sudah terburai. Satu demi satu keburukan UMNO ditelanjangkan rakyat. Barisan pimpinan UMNO terkini dilihat cukup membebankan UMNO sendiri. Tiada seorang pun dilihat dapat memulihkan semula imej UMNO.
Sikap angkuh pemimpin dan marol mereka dilihat menjadi faktor utama UMNO mula dibenci. Tidak semua tetapi dengan yang sudah ada ini sudah cukup menggambarkan realiti sebenar perjuangan UMNO sekarang ini. Presiden UMNO, Najib Razak tidak habis dengan masalah, Altantuya, Rosmah Mansur dan bermacam lagi menjadi liabiliti kepada UMNO.
Pelbagai isu dan pendedahan yang dikeluarkan gagal ditangkis UMNO dan ini jelas menunjukkan kebenaran atas apa yang diperkatakan. Satu per satu masalah dan penyelwengan UMNO diperkatakan rakyat ketika ini.
Dilihat dengan apa yang telah berlaku kini, agak sukar bagi UMNO untuk terus menerajui kerajaan di Malaysia ini. Kesimpulannya dapat juga dikatakan UMNO sudah tiba ke penghujung hayatnya. Cuma yang tidak diketahui bagaimanakah kejatuhan UMNO ini berlaku.
Bagi sesetengah veteran dan pimpinan UMNO ini adalah masa yang sesuai untuk berubah angin. Berubah untuk mencari sesuatu yang tidak pernah dirasai selama berada di dalam UMNO. Bagi yang sudah menyedari hakikat ini mereka telah mengatur jalan hidup mereka bersama teman baru. Bagi mereka yang masih lagi dibuai dengan wang, harta, pangkat didalam UMNO teruskanlah kerana puak-puak ini sememangnya dibutakan hati mereka.
Kepada rakyat Malaysia alaf ini,pilihan ditangan anda. Buatlah keputusan dengan bijak. Contoh dan teladan telah ada didepan mata semua. Mungkin dengan pilihan dan undian yang kita buat pada PRU 13 ini dapat mengubah segalanya di bumi Malaysia ini. Berubahlah demi masa depan dan untuk kesejahteraan generasi akan datang.' Selamatkan Malaysia'
Selamat tinggal UMNO untuk selamanya...
ReplyDelete