21 April 2012

NAJIB PUNYA TERDESAK... kah..kah..kah...

   Kadang - kadang bila dilihat pada benda-benca macam dalam gambar disebelah ni nk tergelak pun ada.. Nak cakap bodoh pun puak-puak ni yang mentadbir negara..


Bermacam - macam strategi yang dibuat dan dibentuk dengan matlamat dapat memulihkan imej PM 1Malaysia, Najib Razak. Terbaru, satu majalah komik diterbitkan dan diedarkan di IPTA/IPTS, Sekolah-Sekolah di seluruh negara. Komik yang memaparkan latar belakang keluarga, serta kehidupan Najib Razak



   Tidak kah mereka ini terfikir bahawa rakyat Malaysia terutamanya pelajar IPTA/IPTS ini sudah celik? atau dengan erti kata lain mereka ini sudah bijak, celik segalanya.. Mereka ini berada didalam dunia tanpa sepadan, bukan dizaman 60an yang mudah tertipu dengan lakaran atau kartun sebegini. Mereka sekarang sudah boleh mendapat maklumat dari pelbagai sumber. Golongan muda sekarang mengatahui malahan sudah cukup bijak membuat penilaian terhadap pimpinan negara. Tidak perlu diagung - agungkan dengan coretan bodoh begini.

    Golongan muda sekarang inilah penentu masa depan atau riwayat UMNO/BN. Maka pelbagai program direka khas untuk menganbil hati anak muda.. tetapi dengan apa cara sekali pun kesilapan dan keegoan pimpinan UMNO sekian lama ini sukar dibersihkan. Mereka mahukan sebuah kerajaan yang telus, pemimpin yang memikirkan kesusahan rakyat. Golongan muda kini menderita demi mencari ilmu, dibebankan dengan kos sara hidup yang tinggi, kos pengajian yang tinggi, hutang dengan kerajaan (PTPTN) dan sebagainya.

    Ayuh anak muda!! kita bangkit pada PRU13 ini.. kita tumbangkan Rejim UMNO/BN. Kita angkat pemimpin yang dapat membela anak muda. Jangan gentar dengan cabaran yang bakal dihadapi. Derita rakyat Malaysia ini dapat diubati dengan menukarkan kerajaan yang ada.. Ayuh mari kita 'Selamatkan Malaysia'

No comments:

Post a Comment