Menjelang jam 2.00 pagi kehadiran rakyat pelbagai lapisan bangsa dianggarkan sudah mencecah 10,000 orang. Mereka telah datang ke perkarangan Dataran Merdeka seawal petang tadi untuk bersama-sama menyertai Himpunan Bersih 3.0 walaupun pelbagai amaran telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Ini menunjukkan rakyat negara ini sudah mula bangkit dan berani dalam menuntut hak dan keadilan di dalam piliharaya supaya diadakan dengan lebih bersih dan adil. Syabas diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia dengan semangat yang ditunjukkan ini. InsyaAllah Allah bersama dipihak yang benar..
28 April 2012
22 April 2012
MASIH RELEVAN KAH UMNO SEKARANG INI?
Senario politik di alaf ini ternyata sudah banyak berubah. Di Malaysia khususnya, UMNO/BN sudah menerajui tampuk pemerintahan melebihi 50 tahun. Satu tempoh yang cukup lama bagi sesebuah kerajaan untuk mempertahankan kuasa pemerintahan yang diberikan rakyat. Zaman kememilangan UMNO bermula selepas Merdeka. Tokoh UMNO ketika itu dilihat menjadi ikon kepada perubahan dari semua sudut di dalam negara ini. Dari Bapa Kemerdekaan hinggalah kepada Bapa Pembangunan. Ini dilihat sebagai kuasa orang Melayu ketika itu.
21 April 2012
NAJIB PUNYA TERDESAK... kah..kah..kah...
Kadang - kadang bila dilihat pada benda-benca macam dalam gambar disebelah ni nk tergelak pun ada.. Nak cakap bodoh pun puak-puak ni yang mentadbir negara..
Bermacam - macam strategi yang dibuat dan dibentuk dengan matlamat dapat memulihkan imej PM 1Malaysia, Najib Razak. Terbaru, satu majalah komik diterbitkan dan diedarkan di IPTA/IPTS, Sekolah-Sekolah di seluruh negara. Komik yang memaparkan latar belakang keluarga, serta kehidupan Najib Razak

UMNO & SAMSENG... SENARIO DI LENGGONG...
UMNO dan samseng memang sudah sebati.. Ini adalah cara dan kaedah lama yang bakal digunapakai semula sekarang ini. Kaedah ini amat popular sekitar tahun 70an dan 80an amat berkesan iaitu strategi ugut dan menakut-nakut kan orang ramai.
PAS = 'Parti Ajaran Sesat'
Parti PAS adalah Parti Ajaran Sesat - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan hari ini mengambil peluang untuk menimbulkan semula isu perpaduan antara PAS dan Umno dalam pertemuan dengan sekumpulan imam dan bilal dari negeri Terengganu.
13 April 2012
'PR PERAK PERLU SIAP SEDIA UNTUK MEMERINTAH' - KU LI
Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini berkata, pihaknya telah disarankan oleh Tengku Razaleigh Hamzah(gambar) untuk bersiap sedia untuk kembali mengambil alih Perak memandangkan Umno di negeri itu berkemungkinan tewas ketika pilihan raya umum akan datang.
Adun Pasir Panjang itu menjelaskan, dalam pertemuan dengan Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) itu di Hotel Syuen di Ipoh pada 1 April lalu, veteran Umno itu menasihatkan Pakatan Rakyat (PR) Perak supaya bersedia untuk perubahan kuasa di negeri tersebut.

YANG INI ORANG KAMPUNG KENA TAHU..
NILAI, 12 April: Kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hannan(gambar) percaya bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat yang ada pada hari ini lebih baik berbanding pemimpin negara sedia ada.
Beliau yang juga sepupu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tampil di pentas ceramah Pakatan Rakyat buat kali ketiga malam tadi mendakwa berasa jijik dengan mainan politik parti pemerintah sekarang ini.
"Sejak 30 tahun dahulu saya lihat pemerintahan negara sungguh jijik. Saya risau apa yang berlaku, generasi kita rosak seolah-olah rasuah ini halal dari pemimpin nombor satu sampai paling bawah.

MALAM DERITA BANGSA: SUARA AKAR UMBI RAKYAT LENGGONG
Pementasan Malam Derita Rakyat yang akan diadakan pada malam ini, 13 April sebagai pentas untuk menzahirkan penderitaan yang rakyat hadapi selama ini.
Ianya berikutan apabila berlaku tsunami kecil atau banjir besar yang tidak pernah berlaku di sekitar daerah Lenggong telah berlaku baru-baru ini yang mencatatkan satu sejarah hitam.
Apabila bercakap tentang bencana alam ini, ianya dapat dirungkai setelah melihat sendiri kerakusan mengabaikan persekitaran sedia ada apabila pelbagai gejala yang merosakkan telah berlaku.
12 April 2012
LAPORAN POLIS TERHADAP AHMAD MASLAN DAN ISA SAMAD
LENGGONG - 29 Mac: Wakil peneroka di 3 Felda disini hari ini membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Gerik di sini berikutan tindakan pengurusan Felda yang menghantar surat pekeliling meminta peneroka menyerahkan dokumen penting.
Laporan tersebut menamakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, Pengerusi Felda, Tan Sri, Isa Samad dan pengurus-pengurus Felda yang mengeluarkan pekeliling berkenaan untuk disiasat.
10 April 2012
BEG BERJENAMA & ISTERI PEMIMPIN
(Kegilaan memakai bag berjenama mahal di kalangan pemimpin dunia menjadi ikutan isteri pemimpin Malaysia)
KUALA LUMPUR, 10 April: Kegilaan kepada bag berjenama mahal yang telah menjalar dari pemimpin dunia ke isteri pemimpin negara, menjadi tarikan terbaru dalam facebook.
Sekarang ini tersebar gambar isteri Perdana Menteri yang ke sana ke sini dengan bag berjenama mahal.
Dilaporkan bag itu berjenama Birkin dan dijual dengan harga antara RM60,000 hingga RM80,000 sebuah.
Ia juga menarik minat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Beliau beranggapan ini tidak wajar menjadi amalan pemimpin atau keluarga pemimpin.
Bagi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau tidak kesah sangat dengan pakaian dan gaya rambut isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kerana tidak mahu menyerang peribadi beliau.

Pasal apa sombong sangat Najib ni?
Apalah sombong sangat Najib ni.. tetamu yang datang dari jauh tak dipandangpun.. tapi dulu mudah pulak si Saiful berjumpa dia pasal nak dapat biasiswa... boleh jumpa dirumah lagi..
Kita inikan orang Melayu.. kalau tak suka sekalipun apa salahnya senyum dan bersalam..
Lagipun.. berbudi bahasa itu kan amalan kita..
Kita inikan orang Melayu.. kalau tak suka sekalipun apa salahnya senyum dan bersalam..
Lagipun.. berbudi bahasa itu kan amalan kita..
03 April 2012
MCA, DAP dan ISLAM..
harakahdaily wrote : Semasa menjawab soalan yang dikemukakan berhubung usaha dakwah yang dilakukan, Dr. Mashitah telah menyebut beberapa program yang dijalankan oleh kerajaan BN. Turut disebut ialah peranan IKIM dan untuk mengukuhkan hujjahnya, bagaimana DAP telah berhubung dengan IKIM untuk mendapat penjelasan mengenai Islam.
Mungkin dari satu sudut maklumat ini dikemukakan sebagai bukti betapa gigihnya usaha dakwah yang dijalankan oleh pihak BN. Namun dari sudut yang lain ianya mendedahkan sikap ingin tahu dan keterbukaan DAP yang sering diselar oleh BN sebagai musuh Islam. Saya diberitahu bahawa ada dari kalangan penceramah UMNO yang melampau sehingga sanggup mengisytiharkan DAP sebagai ‘kafir harbi’! Pengistiharan ini sudah pasti dilakukan oleh seorang yang jahil tentang implikasi dari pengisytiharan yang sebegitu!

01 April 2012
GAMBAR CERAMAH UMNO PEMBELA MELAYU, ISLAM..
KUALA LUMPUR, 1 April: Sekeping gambar daripada ceramah Umno yang dipaparkan oleh blogaddin77.blogspot.comsebagai contoh wasatiyyah yang dianjurkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak adalah artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke 13.
NGO: Tanah masjid Bayan Mutiara hilang silap Umno
NGO Kongres Melayu Pulau Pinang hari ini mendakwa Umno merupakan pihak bertanggungjawab dalam memastikan bahawa tanah masjid di Bayan Mutiara tidak dijual kepada pemaju.
Presidennya Rahmad Isahak berkata, Umno yang menyertai pentadbiran Pulau Pinang sebelum ini sepatutnya telah memastikan bahawa tanah berkenaan dipecahkan kepada lot selepas pelan fasa 1 projek tersebut diluluskan majlis perbandaran pada 2006.

APA SUDAH JADI DENGAN TANAH LADANG TEH LENGGONG?
Sekitar tahun 80an Teh Lenggong amat terkenal di negeri Perak. Aroma dan citarasa teh lenggong ternyata berbeza dengan teh - teh yang lain. Ini adalah satu produk yang dapat dibanggakan oleh penduduk Lenggong dan kerana teh Lenggong juga Lenggong dikenali di merata tempat. Tanah milik PKNK dikatakan seluas 700 ekar dibangunkan serta memberi manfaat peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.Tetapi semuanya tinggal kenangan... kini tiada lagi teh Lenggong. Produk yang dulu menjadi kebanggaan kini telah ditelan zaman. Tidak tahu dimana silapnya, projek kerajaan negeri ini terhenti begitu sahaja.. kilang memproses teh ditinggalkan, ladang teh yang dahulunya subur kini dikatakan menjadi semak samun. Tidak pernah dinyatakan sebab musabab kenapa projek ini dihentikan.
PROJEK VALE : ZAMRY SAHUT CABARAN NIZAR
Anak Sungai Deraka : LENGGONG - "Kerana beliau cabar saya, saya akan kemukakan bukti yang beliau ada membuat perbincangan dengan syarikat berkaitan mengenai persetujuan projek Vale di Teluk Rubiah,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika mengulas kenyataan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mencabar beliau mengenai isu berkenaan.
Menurut Zambry, melalui pendedahan dokumen atau bukti diperkatakan akan menentukan sama ada beliau atau Nizar yang bercakap bohong.
“Terima kasih kepada Nizar kerana telah mencabar saya untuk menunjukkan dokumen itu dan sebelum saya mengeluarkan sebarang kenyataan, sudah tentulah di tangan saya sudah mempunyai bukti.
“Apabila dokumen sudah dikemukakan, barulah rakyat tahu bagaimana seorang pemimpin boleh berbohong dan tidak rasa berdosa dengan tindakan itu.

NAJIB JANGAN INGAT RAKYAT PERAK 'MUDAH LUPA'
From Harakahdaily : Najib telah melakukan satu kesilapan besar dengan merampas kerajaan Perak daripada Pakatan Rakyat. Dalam PRU12, rakyat Perak telah memberi mandat kepada PAS, DAP dan PKR untuk memerintah negeri ini.
Sejak 9 Mac 2008, Barisan Nasional telah cuba sedaya upaya untuk tumbangkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Pelbagai taktik kotor telah direncanakan oleh Najib untuk mendapatkan semula negeri Perak daripada Pakatan Rakyat. Semua agensi-agensi kerajaan telah disalahgunakan untuk mencapai matlamat Barisan Nasional itu. Akhirnya kerajaan pilihan rakyat telah ditumbangkan apabila 3 orang wakil rakyat berjaya ‘dibeli’ oleh Najib.
Perbuatan yang sungguh jijik itu merupakan kesilapan maha besar yang telah dilakukan oleh Najib. Beliau tidak sedar bahawa tindakan kejam itu boleh menghantui Barisan Nasional sehingga hari ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)